Shazwani Buddies

June 20, 2011

Pelihara gigi. Ok.


BAYANGKAN senyuman manis Julia Roberts atau mana-mana ratu cantik sekalipun. Apabila mereka tersenyum, seluruh dunia turut tersenyum bersama mereka.
Bukan mudah untuk mengekalkan keputihan gigi terutama apabila kita mengambil kira usia, tekanan kerja, kekerapan mengambil kafein dan tabiat merokok. Sesetengah jenis makanan, ubat dan produk kosmetik juga boleh menyebabkan kekuningan gigi. 


“Gigi putih sering dikaitkan dengan tabiat menjaga kebersihan dan kekerapan memberus gigi tetapi faktor luaran seperti merokok atau pengambilan minuman berkarbonat boleh menyebabkan gigi bertukar warna menjadi kekuningan,” kata Pengurus Produk DKSH Malaysia, Lim Bee Gaik. 

Menurutnya, pemutihan gigi adalah satu prosedur pergigian biasa. Bagaimanapun, terdapat cara yang lebih menjimatkan kos dan menyenangkan pengguna.
Jika digunakan secara tetap, ubat gigi Beauty Pearls Gloss Tooth Whitener daripada Pearl Drops terbukti secara klinikal membantu untuk memutihkan gigi sehingga dua ton dalam masa tiga minggu. Ia dirumus khas dengan Blue Micropolishers yang membersihkan kotoran pada permukaan gigi secara lembut untuk menyerlahkan enamel yang lebih putih. Fluorida dalam ubat gigi Beauty Pearls Gloss Tooth Whitener juga mencegah pengumpulan tartar (karang gigi) dan kaviti (lubang pada gigi) serta membekalkan semula mineral untuk menguatkan gigi. 



Ubat gigi ini tidak mengandungi sebarang bahan keras atau peluntur dan cukup lembut untuk digunakan setiap hari. Panduan ton pemutihan yang unik dimuatkan dalam peknya untuk membantu pengguna memantau hasil pemutihan gigi mereka. 

Untuk mendapatkan hasil terbaik, ubat gigi berkenaan boleh digunakan dua kali sehari, bagi perokok tegar , selepas merokok atau mengambil minuman berkafein atau berkarbonat untuk mencegah masalah gigi kuning. 

Ubat gigi berharga RM31.90 (80 gram) itu boleh didapati di semua kedai farmasi dan rangkaian pasar raya utama di seluruh negara.

Sumber : METRO ONLINE


SENYUM SEINDAH SURIA DENGAN PEARL DROPS !




Lee Dong Wook aku pun senyum nampak gigi. see.


*pesanan dari kami suami isteri : senyumlah agar hidup lebih HARMONI. 




-Thanks for reading my entry ! Please come again-

2 comments: